Sunday, October 21, 2012

Selesai Semester Satu

Halu halu. Tamat sudah untuk semester satu ini. Final exam last habis pada 15/10/2012. Tarikh yang hari-hari budak bilik hitung untuk start cuti semester. Hehe. Aku dengar ja berapa hari tinggal, tapi yang dengar tu lah yang rasa amat lama nak tunggu. Macam-macam kerenah masa minggu final exam. Tiga minggu tu tapi empat paper ja yang ada dalam final exam tu. Hihihi. Dalam tiga minggu tu lah menguji fizikal dan mental kami empat orang. Cekal nya hati bergantung pada iman. Journey sepanjang semester satu, alah 5 bulan around lah, banyak-banyak-banyak pengalaman, susah senang, gaduh, sedih, ketawa semua tu lah. 

Pada 5 June 2012 aku daftar masuk KPTM Alor star kos Office Technology Management kerjasama UiTM. Kiranya kami ni student KPTM dengan UiTM lah. Dasyat kan kan -_-  Mula-mula memang aku tak nak masuk KPTM ni sebab nya aku nak masuk UNIKOP kat KL tu tapi still kos sama. Tapi ayah tak bagi sebab jauh then nanti kalau ada apa-apa hal susah ayah nak datang. Hurm redha jela keputusan ayah tu padahal menangis jugak lah tak nak masuk. 

Masa daftar tu aku pakai baju kurung biru dan sesimple yang mungkin kalau boleh sebab segan lah kalau over fashion sangat. Badmood ja masa on the way nak pergi tu. yela buat benda yang kita tak suka kan. Ok, masa daftar tu memang ramai betul lah. Mula-mula tak tau pun semua kos sama ja tapi kerjasama dengan UiTM ni ada dua kos ja, satu lagi Tourism Management. 

hari pertama daftar nampak Fyra, ok tak terkejut pun sebab tahu depa pun dapat KPTM jugak. Semua tau dari facebook jelah. Then nampak perempuan mulut banyak. Perempuan tak boleh buat melawak, perempuan yang bajet cakap KL, perempuan yang kerja nya cakap-cakap-cakap pasal business skor A lah, cosway lah, tupperware lah. Ingat kami ni makcik-makcik yang banyak duit ka. Kami datang nak belajar lah kak cek oi. 

Tiba masa nak daftar asrama tu mula-mula terfikir macam mana lah rupanya asrama tu. Harap lah tak duduk ramai-ramai macam kat asrama dulu. Penat lah duduk camtu. nanti nak study, nak salin baju ka, mesti lah nak private sikit kan kan. Ok sebelum daftar ni aku ada buat survey pasal asrama dia. Orang kata ada dorm ada half dorm. Dorm aku tahu lah macam mana tapi kalau half dorm memang tak tau. Then masa daftar asrama dapat kunci number 63A. Haish, kunci-kunci pulak.

Time untuk cari asrama pulak. Haish, orang tu siap buat simple map lagi untuk pergi asrama tu tapi tetap fail nak cari. Susah jugak lah sebab asrama tu terletak kat taman perumahan. Pelik kan bunyi. Banyak kali dah masuk salah lorong. Cari-cari jumpa jugak. Jeng jeng jeng, rupanya half dorm rumah dua tingkat gitu uolss. Hahaha. Dasyat jugak KPTM ni, kaya depa sewa ni. Cari lah rumah number 63 dan bilik huruf A. dapat satu bilik empat orang. Bilik tu pulak asalnya dapur. Siap ada singki lagi, tandas dalam bilik. Selesa sangat-sangat-sangat. Bilik A dengan C ja yang satu bilik empat orang, bilik B dengan D dua orang ja. 

Let's get acquainted my awesome roomates. 


Yang pertama belah kiri atas nama dia NUR SYAHIRAH ISMAIL, umur 19 tahun, asal Tanjung Tokong Penang. Kalau nak cakap detail tu boleh tapi kang sampai besok lah tak habis tulis. 

Yang kedua belah kiri bawah nama dia NORASYIEKIN ABDULLAH AZIZ, umur 19 tahun, asal Kulim Kedah. Depa dua ni kira kakak-kakak gangster lah, kira backup. Hahaha, kalau kata bodyguard kang ada dah kena makan kaki. Hihihi.

Dan yang terakhir belah kanan atas tu nama dia NOR FADZLEEN MOHAMMAD RASIDI, umur 18 tahun, asal Taiping Perak. Alahh, dia ni budak Teknik jugak, sama sekolah dulu. Kita kawan rapat lah jugak, kat Teknik dua tahun dalam class duduk sebelah-sebelah. 

Macam-macam lah kami empat orang pernah buat. Dunia kami, kawan perempuan kami, yang kami empat orang rapat. Kami empat orang jelah. Apa-apa ja mesti kami empat orang. Kesian, isk isk isk.

Selepas orintasi, tibanya masuk class. Aku dengan Alin class BM1F. Syira BM1C dan Syikin BM1B. Lain-lain class, lain-lain waktu class start, balik lain-lain waktu. Susah sangat nak jumpa kalau siang tu. kalau jumpa kat kolej tu dan kebetulan empat-empat tengah ada gap, kami pergi lah makan sama-sama kat medan selera depan kolej uh. Rindunya.

Setelah sekian lama berada dekat Alor star mula lah kami kenal dengan orang luar dari KPTM. maksudnya bukan student KPTM lah. Disitulah kami kenal Anas, Ateh, Wan, Najmi, Zakwan, Amin dan ermm tu jelah kot. Diorang ni kira segeng lah tu. Ateh tu buka kedai roti john dekat area asrama kami, aku lah yang paling kerap lepak dengan depa sebab Syikin, Syira and Alin tak berapa sangat nak lepak-lepak ni. Kawan ni lah yang selalu dengar aku cerita masalah, kawan ni lah yang selalu bawak aku pergi karok, kawan ni lah yang bawak aku makan kat merata tempat, kawan ni lah yang tunjuk jalan-jalan. Semuanya mereka lah. 

Dengan kenalnya mereka terutama Ateh, dia yang start ajar aku bermain futsal. Benda dah lama aku teringin nak buat tapi tak da geng. Benda dah lama aku idam-idamkan. hari pertama pergi main futsal, Aku, Syikin dengan Alin ja main. Syira kebetulan demam pulak. Musim demam, batuk, selsema masa tu. First main tu kekok jugak lah sebab geng dengan lelaki sama. Tapi masa hari pertama tu lah kami dah ada coach iaitu ayah ateh jugak. King tu lah yang ajar cara sepak, cara nak passing, cara tu, cara ni. pening kepala. Yang tau nak main keluarkan peluh dengan kesihatan ja. Dan baru-baru ni ada main lagi, Alin dengan aku ja main. 


yeah tahu, jersi chelsea. Ada someone bagi dekat aku sebab aku bukan lah merajuk dengan dia tapi cuba menjauh kan diri sebab dia dah ada girlfriend. Belakang baju siap ada nama aku dengan number 6 lagi uh. Tertanya-tanya aku apasal lah si senior tu tanya number kegemaran lah, football club kegemaran lah. takda pulak dia tanya makanan kegemaran. Hehehe.

Mula lah cerita aku dengan si senior. Mula-mula kenal delam class lah sebab one of the subject iaitu Office Admin dia repeat paper. takutnya. Kenal around 25 July start aku tahu nama dia dan dia rupanya senior. Kenal pun sebab tetiba kami satu group untuk group assignment Office. haish, tak sangka dapat satu group dengan dia sebab mula-mula kami pilih sorang ja laki iaitu Amir then tetiba madam masuk kan si senior tu sekali. 

Asalnya aku anggap dia sebahagian dari group assignment ja, kira habis present about this assignment maka habis lah suai kenal kami tapi berbeza dari apa yang aku sangka. Mungkin niat dia nak kawan dengan aku. So aku pun move on jelah. Kawan-kawan baru aku tahu dia ada girlfriend. Hurm. Tipu lah kalau aku kata aku tak da menaruh harapan kat dia. Tapi lepas aku tahu dia ada girlfriend aku try lagi sekali undur diri aku. Kiranya dua kali aku undur diri tapi gagal. kali ni dia pujuk aku dengan mms ni:







Haish, sedih pulak bila cerita pasal si senior tu. Ok tutup cerita !

Ok, setelah penat menulis, dan ingat benda-benda yang dah lepas tapi masih awesome kita tengok gambar pulak yeah.

 Ini masa join Run For Health 2012, Yayasan Sultanah Bahiyah.



Ini masa jalan-jalan dekat Star Parade.
 
 
 Ini pula berada di tempat febret aku kot, hehe. City Plaza.
 
 
Malam merdeka. Kami sambut dekat Dataran tu jelah dan overnight. Malam tu kami lima orang ja. Aku, Amoi, Alin, Syikin dan Anas.
 
 
orang kata muka kami sama. sama ka??
 
 
 ini Azmi. kawan yang sangat disiplin dan komitmet dengan assignment dia. haha.


Dengan ini, habis sudah semester satu di KPTM Alor Setar. yeah heaven nya rasa. Tak sabar nak masuk semester dua. Mula dengan subject baru, lecturer baru, hidup baru, no more asrama, kawan baru, aktiviti baru. Tak sabarnya. Kali ni harap-harap adventure dari semester dua. Dan aku harap lagi kerap lah main futsal. Minat punya pasal. Ok bye bye. ILOVEYOU semua. Muah.