Thursday, May 16, 2013

Hari Guru.

Assalamualaikum.. Hello lol lol.

16 Mei 2013 bersamaan hari Khamis adalah Hari Guru di Malaysia. Haram ka tak ni nak sambut? Huhuhu. Yang penting niat tu mesti betul. Haish. Jadi, dekat facebook penuh dah kat home tu wish hari guru. Baik lelaki ka perempuan ka, melayu ka, cina ka semua sama ja wish hari guru ni. Bukan selalu kita nak ingat sesuatu ye dak macam hari ibu, hari bapa. Ya, kita ingat, hargai ibu bapa tu tiap-tiap hari tapi apa salahnya satu hari tu special sikit kan. Ini pendapat aku la. Kalau pendapat lain tu taktau nak kata la. Hmm.

Jadi kesempatan ni aku nak ucap SELAMAT HARI GURU SELURUH MALAYSIA. 


Orang pertama yang aku nak ucap adalah guru yang aku sanjung tinggi sampai akhir hayat aku iaitu ayah aku sendiri, ENCIK MOHD TARLI BIN TALIB. Ayah aku memang cikgu pun. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, dari cikgu yang amat-amat garang, cikgu yang tegas kepada cikgu yang friendly dan lembut, dari Sabah sampai la ke Parit Buntar ni ayah adalah cikgu yang paling terbaik didunia ni. Huhuhu. 

Even ayah tak pernah mengajar sama sekolah dengan aku, tapi ayah jadi cikgu dekat rumah. Kadang-kadang aku pelik sebab soalan yang aku tak boleh buat mesti ayah boleh buat. Serius pelik sebab aku yang belajar pun tak faham tetiba ayah yang faham pulak. Masa sekolah rendah, sekolah menengah taktau ja nak jawab mesti tanya ayah. Dan sekarang aku dah masuk kolej tak dah la aku tanya ayah. Mahunya ayah kata dah besar pun taktau lagi, kesian kat ayah. Huhuhu.

Seterusnya kepada cikgu Tadika Kemas Perpaduan, Sekolah Rendah Methodist, Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Sekolah Menengah Teknik Taping dan Kolej Poly-tech Mara Alor Setar. Tak lupa juga cikgu semasa di PLKN dulu, dan cikgu sekolah memandu sampai saya dah dapat lesen tau. Huhuhu.

Saya mintak maaf kepada cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak sebab saya ada buat salah ka, tak dengar cakap cikgu ka, buat cikgu marah ka, tak buat keja sekolah ka saya minta maaf. Saya faham kenapa cikgu marah bila student perempuan pakai tudung singkat, tak pakai singlet, pakai stokin pendek, pakai celak mata. Itu la didikan akhlak cikgu kepada kami. 

Kepada cikgu Teknik Taping pulak terutama Cikgu Rafizah dan Cikgu Fauziah, mereka berdua paling terbaik dekat Teknik Taping tu, sabar ja ngajar apa pun, kami tidur pun dia still sabar ja. And the latest haritu jumpa cikgu berdua happy tengok muka cikgu. Nampak cikgu penat sikit. Kesian cikgu. Yela, sekarang dah jadi Kolej teknik tu so habis class pukul 5 okay, mana tak penat, cikgu cerita pun kami dah tau penat tu macam mana.

Last sekali boleh tak wish dekat lecturer. Kira cikgu jugak la kan sebab depa bagi ilmu dekat kita. Kalau nama cikgu tu pasti yang mengajar kita ye dak. Kepada lecturer KPTM Alor setar, selamat hari pensyarah. Saya nak sangat wish dekat bekas mentor saya iaitu Puan Aliza. Kami panggil Miss L ja, walaupun sekejap ja dia ngajar sebab dia quit dan sambung master tapi saya ingat dia sampai sekarang sebab pengalaman pertama kat kolej yang kena bash gila-gila dengan lecturer Miss L ni la. Haish, rinduu Miss. Good Luck Miss.

Jadi dah dua tahun tak menjalani sambutan hari guru macam kat sekolah dulu. Ada nyanyian la, sukaneka la, cabuatan bertuah la, gerai makanan la. Haaa, rinduu semua tu. Okay la.

 SELAMAT HARI GURUUUUUUU!!!