Friday, May 24, 2013

KPOP chart show

Annyeong haseyo.

Wah, dah dua entry ni pembukaan dalam bahasa korea. Melaram habis, cakap terbelit-belit, faham nya umpama pijak api yang sedang membara. Okay, taktau apa peribahasa aku tu. Ya, lagi sekali kita bercakap mengenai KPOP iaitu Korean Pop yang tengah hot sangat kat Malaysia sebab Kim Jong Kook nak datang kan. 

Sekarang ni, tiap-tiap malam ja mesti aku layan 8TV sebab cerita banyak best-best. Iklan pun tak lama sangat macam TV3 tu. Hadui, sampai tertidur la tunggu iklan habis melepas 15minit aku untuk cerita Kisah Cinta. Huhuhu, tercerita melayu lah pulak kennn.

Kali ni siapa yang malas nak dengar radio korean online atau malas nak google lagu KPOP mana yang paling latest, paling top 10, atau paling syahduuu mari aku perkenalkan kat mana yang korang boleh dengar, tengok dan enjoy.


Yeah, semestinya dia 8TV. Kalau terlepas boleh tengok dekat Sini, sini, sini.

M! Count Down. World No.1 Chart Show. Jangan risau ya kalau takda masa boleh tengok online sahaja. Bersiaran pada Friday, 11:45pm and Sunday, 10:30pm.

Sama-sama lah kita layan yeah. KEEP CALM AND ENJOY KPOP.