Friday, June 7, 2013

Bersedia dari sekarang

Assalamualaikum, hello lol lol.

Sabtu ni nak balik Kedah dah. Ahad dah start class. Hmm, tak bersedia sangat la sebab rasa kejap ja cuti sem ni pastu macam dah malas nak pegang pen, nak bangun awal la, pokoknya semua malas la nak buat. Yang rajin ngadap laptop, makan, tidur, ngadap laptop, makan, tidur and ulang-ulang buat benda sama walaupun jemu. Huhuhu.

Semester 3 ni semua dah tak sama class. Hmm, lain pulak rasa sebab macam dah selesa ngan class semester 2, dah sebati sebab dalam class tu takda langsung berpuak-puak macam class lain yang aku dengar la depa duk cerita. Harap-harap dapat lecturer yang sporting, yang tak PMS tiap-tiap hari, yang tak tengking, yang tak perli-perli sangat. Untuk sem 3 ni subject dah berat lepas tu jadual dari pukul 8a.m - 6p.m. Hmm, kejap ja kot nanti dah pertengahan tukar jadual lagi.

Jadi untuk semester akan datang ni salah satu subject yang memerlukan daya ingatan kuat ialah Mandarin Language. Haah, belajar bahasa Chinese, pening kepala aku fikir macam mana la nak hafal nanti sebab otak aku ni jenis yang lambat pickup. Lambat sangat. Orang buat lawak, orang dah gelak tapi aku memerlukan beberapa saat untuk faham dan baru gelak. Haaa macam tu la kelambatan otak aku. Sedih T.T 

Setelah aku fikir macam tu aku pun mula la cari cara nak tingkatkan daya ingatan aku ni. Jadi aku share la jugak kepada yang sama otak macam aku at least kita dah prepared dari awal kannnn. 

Tips-tipsnya ialah :

1. Menjauhi Dosa

Menjaga diri daripada maksiat dan dosa akan membuatkan diri kita bersih secara luaran dan dalaman. Apabila diri sudah bersih, maka ilmu mudah untuk dihadam oleh akal fikiran kita. Ilmu merupakan cahaya manakala dosa pula ialah kegelapan. Jika kita perhatikan pada kanak-kanak, mereka ini cepat mengusai sesuatu perkara. Ini kerana otak dan hati mereka masih suci dan bersih daripada dosa dan maksiat.

2. Menjaga Pemakanan

Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti kepala ikan dan makanan yang masam.

3. Diulang Secara Acap Kali

Otak perlu diasah untuk menguatkan daya ingatan seperti pisau yang tumpul perlu diasah untuk menajamkan kembali mata pisau itu. Sedangkan pisau buatan manusia itu pun mampu untuk ditajamkan kembali apabila diasah, inikan pula otak ciptaan Allah yang Maha Agung. Cara untuk mengasah otak adalah dengan mengulang-ulang kembali setiap perkara yang ingin diingati. Dengan cara ini kita mampu untuk mengingati setiap perkara dan mampu meningkatkan daya ingatan kita. 

4. Menjaga Waktu Tidur

Tidur merupakan suatu perkara yang penting bagi setiap individu kerana dengan tidur yang cukup mampu untuk mencergaskan kembali tubuh badan dan otak yang letih setelah seharian membanting tulang melakukan kerja-kerja harian. Tidur selepas waktu asar dan tidur yang berlebihan boleh menyebabkan otak menjadi lembab.
5. Mohon Kepada Allah

Andainya semua tips di atas tidak mendatangkan hasil maka seharusnyalah bagi kita untuk memohon kepada Allah supaya dikurniakan ingatan yang kuat agar mampu untuk menghafal dan menerima setiap ilmu dengan baik kerana dengan ilmu itulah yang kelak akan memimpin diri seseorang menuju ke jalan yang diredhai Allah. 

6. Mengawal Tekanan

Tekanan membuatkan jiwa tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tak peka dengan keadaan persekitaran, tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terjejas. Oleh itu sentiasalah berfikiran positif dan mencari alternatif yang lain untuk melepaskan tekanan anda.

7. Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
 
8. Elak Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup menjadi tidak ceria. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan dan membuatkan anda tidak peduli dengan keadaan persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Itu haa tips-tips yang kita boleh amalkan. Makanan jugak memainkan peranan dalam menguatkan daya ingatan. Kita tengok pulak apa yang bagus untuk dimakan sekaligus kita akan dapat tubuh badan yang sihat dan otak yang cergas. Antara makanannya ialah :

1. Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kacang merah

Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan.

3. Kismis
  
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.

4. Telur

Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

5. Susu dan yogurt

Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. 
 
6. Halia
Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

7. Oat
 
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

8. Berry

Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak. 

Atas ni salah satu doa untuk mudah faham dan mudah hafal. Boleh baca bila-bila masa pun. Sebelum study ka, sebelum nak makan ka, sebelum nak pegang pen ka, sebelum nak tidur ka, sebelum nak masuk class ka, sebelum nak pergi kolej ka, sebelum nak shopping ka sebab bila kita baca dengan niat yang betul Insyaallah akan dimakbulkan, Amin.