Friday, May 3, 2013

Dulu-dulu punya cerita

2011..

Pada suatu malam yang hening, pukul 8:00 malam, prep malam dekat class EE1 di Teknik Taiping, sekarang jadi Kolej Vokasional Taiping..

"Atin, aku duduk tempat sapa ni" Aku bertanya.

"Mana, tengok bawah meja buku sapa nama" Atin jawab.

"Atin, seronok jugak eh class hang, boleh tengok jalan lagi. Bila la nak cuti" Celah Atun.

"Nama dia A**m. Pandai tak dia weh" Aku menjawab.

"Owh, dia tu, boleh tahan la pandai jugak" Atin berkata.

"Patut la pun, best duk tempat dia, ada kamus siap dalam buku ada jawapan, ngehngehngeh" Aku menjerit kegembiraan.

Seminggu kemudiaan..

"Eh Atin, kemain class siap carta organisasi ada gambar lagi. Haha" Sambil aku tengok-tengok kat papan kenyataan class EE1.

"Hahaha, pergh, nak tengok" Berlari anak Atun nak tengok jugak.

"Atin, mana dia yang nama A**m tu?" Tanya aku.

"Ni" Sambil jari Atin menunjuk gambarnya. Tapi gambar tu hitam putih macam photostat so tak nampak jelas sangat la.

Dua minggu kemuadian..

"Eeee, kenapa meja aku banyak semut ni. Ya Allah, budak laki memang macam ni eh, makan tak buang letak bawah meja pastu ada semut-semut. Aduhaaaiiiii" Merungut aku.

"Biasa la tu" Jawap Atin. 

"Hahahahahahahaha" Gelak mengilai Atun.

"Aku nak tulis surat la kata lepas makan buang dalam tong sampah, kang dah bersemut. Ok tak Atun , Atin"

"Ok-ok, tulis ja" Jawap Atun sambil Atin ketawa kecil.

"Ok, dah tulis. Selit kat pembalut meja. Hehehe, Atin diam-diam ja tau besok" Membebel aku.

Keesokkan malam..

"Aik, dia balas la Atin Atun. Meh baca sama-sama. Tertulis terima kasih tegur, lain kali tak buat lagi. Eh, nama awak sapa, class mana?" Baca aku sambil gelak kecil.

"Balas ja la Mashi." Jawab Atun.

"Hala-hala, balas la ni. Tapi aku takmau la bagitau nama ngan class apa lagi. Takut la" Kata aku sambil membuka plastik biskut.

Aku pun menulis la. Bukan menulis surat tadi, menulis homework dulu la. Penting kan homework dulu, nak SPM kan. So sambil buat homework tu pun fikir la apa la nak balas. Kang tak balas tak enjoy la plak sebab ada feedback kan. 

So bermula la balas-balas surat, tukar-tukar coklat. Tukar-tukar barang. Berterusan la sampai 2012 bulan 3. Bulan 3 ambil result SPM sempat la jugak sembang ngan dia. Hmm rindu la pulak. Then lepas tu terus lost contact taktau kenapa. 

One day tiba-tiba dia dah start msg, whatsapp, wechat, pm kat facebook. Ya Allah, serius rindu nak sembang, nak cerita masalah kat dia tapi sekarang mesti la awkward nak buat macam dulu tu kan.

Takpala, benda dah lepas jangan dikenang. Hidup must go on right. Kemain. Okay, sempena Hari Jadi beliau, A**m, saya dah berjaya menulis cerita ni setelah niat sekian lama. Saja nak cerita benda dulu bila teringat lawak pun ada kan.

Jadi saya nak ucapkan Happy Birthday To You A**m pada 1 Mei 2013 pada hari Rabu. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, akhlak yang terpuji, bahagia bersama keluarga dan berjaya dalam dunia dan akhirat. Saya sentiasa doakan awak berjaya dalam pelajaran awak. Awak mesti kuat eh. Jangan humble sangat. Humble bertempat ya. Fighting Awak.

  
*terlambat 2hari ja takpa kot. Kuikuikui.