Saturday, May 11, 2013

Lega tapi tak habis

Assalamualaikum, hi hi hi.

Seperti sedia maklum pada 9 Mei 2013 hari Khamis haritu result Diploma untuk budak UiTM dah keluar kan. So tahniah kepada kawan-kawan KPTM Alor Setar, kawan-kawan UiTM Seri Iskandar, UiTM Arau, UiTM Merbok dan UiTM seluruh Malaysia. Tahniah semua. 

Kepada yang Dean List tu Tahniah sangat-sangat. Usaha dan doa telah termakbul ya. Kepada yang result suam-suam air milo tu pun tahniah jugak sebab dalam kategori LULUS tapi pointer takat tengkuk ja. Kepada result yang down sebab ada repeat satu paper, jangat sedih, jangan putus asa. Ada banyak lagi sem untuk berjaya. Dan akhir sekali kepada yang kena tendang dari UiTM tu taktau nak kata apa la. Redha jela, Rezeki ilmu bukan dekat UiTM kot, maybe dekat Sunway College atau MSU ka. Huhuhu.

Result aku for semester 2 dia hmm boleh la cukup-cukup makan mcd. Huhuhu. Alhamdulillah semua subject LULUS, semua ada 8 subject. Fuhh, syukur sangat-sangat. Tak sia-sia la bersengkang mata. Minum kopi gila-gila sampai hari exam tak tidor sebab kopi kuat sangat. Pening pala dalam hall exam tu. PERINGATAN, jangan minum kopi malam exam sebab nanti otak jem. Nak exam mesti la bekal oksigen yang bagus, tidur cukup, mata menawan okay.

Kepada yang fail one subject or two jangan PUTUS ASA. Rangcangan Allah selalu terbaik dan Dia tahu setiap rangcangan hidup seseorang tu pasti ada kebaikan nya. Jangan mengeluh. INGAT, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Dulu pun masa sekolah menengah kan selalu fail Math so tetiba sambung belajar ambil dip takkan tak boleh berjuang lagi kan.

Kalau fail tu try cari kawan yang ada fail one paper jugak. Kalau ada sorang dua yang kita kenal tu Insyaallah hati kita tenang dan aman. Sebab kita dah fikir ada jugak kawan untuk teman kita berjuang repeat paper tu. Dan fikir kenapa boleh fail subject tu. Kalau ada kesalahan nanti buka sem baru tanam azam nak buat terbaik untuk subject tu Insyaallah beroleh kejayaan.

Result dah keluar hati lega sikit dah, takda nak risau-risau sangat dan stress tunggu result pun dah kurang. Lega tu masih 70% sebab selagi tak daftar sem 3 dan daftar subject untuk sem 3 selagi tu la 30% tu tak hilang. Masa nak daftar subject tu lah macam-macam nak jadi. Stuck itu ini lam password lupa la, wifi rumah sewa takda, wifi library slow, computer library 24jam penuh. Macam-macam la jadi. Haishh *sigh

Okay, sekali lagi tahniah kawan-kawan. Huhuhu.