Saturday, August 24, 2013

Jamuan Hari Raya KPTM Alor Setar 2013



Assalamualaikum and hi untuk semua yang tengah baca blog aku ni. Pertama sekali bukan nak cerita dulu tapi nak kata ni, kepada ORANG yang tengah baca tu untuk stalk aku, PLEASE get out from here babe. Setakat nak baca blog aku pastu nak cerita-cerita kat orang tak payah la Bitch. Nampak sangat sibuk hal orang. Loser sangat. Pergi-pergi-pergi. Buat semak ja. Takda life ka nak stalk orang ja. Pergi kawin buat anak dulu la kalau nak life. Ni aku tulis ni, hang baca nanti mula la hang nak cerita kat orang yang berkenaan. Macam paria betul. NI confirm sangat dah ni aku akan kena maki japg. Hah!

Okay, berbalik kepada cerita asal ialah jamuan raya kptm 2013 haritu. Setiap tahun mesti ada jamuan raya ni. Dulu jamuan raya aku lepak dengan Azmi and the geng. Tahun ni berlainan sikit sebabbbbb lepak dengan the wonderful ladies. The wonderful ladies tu ialah Alin, Tasnim, Ain, Ika, Nurul, Juju, Dayah. Wana dengan Ezzati tak dapat hadir sebab depa ada hal. Hampa sikit sebab Ezzati takda la, dia pun kecewa tak dapat datang. Dia dah prepared shawl, kasut bagai alih-alih ada hal pulak. Takpa, next year ada lagi, rancang siap-siap ya ladies.

So jamuan raya tahun ni buat kat Stadium Darul Aman dekat ngan kolej ja. Jalan kaki ja pergi kolej tu.  Macam jamuan raya dulu kan buat dekat kolej, tahun ni berlainan sikit la kot sebab pelajar untuk Bangunan Suka Menanti terlalu ramai, sah-sah tak muat nak pasang khemah meja bagai. Even tempat parking moto dengan kereta pun tak muat.

Jamuan tu kat Stadium pun still tak cukup meja kerusi untuk student. Pihak kptm dah cuba sedaya upaya tapi diluar jangkaan sangat, student terlalu ramai tak dapat nak tamping tempat untuk makan. So kami jugak antara pelajar yang datang lambat. Kami datang meja dah penuh so cari-cari-cari jumpa jugak meja yang kosong. Meja kosong tu depa jaga untuk kawan-kawan depa yang lain so macam tak adil la kan, tapi kami duduk jugak, nasib laaa.

Makanan pada haritu pulak boleh tahan la banyak sebab aku sendiri pun melantak macam tak pernah makan setahun jugak la, no wonder aku rasa berbaloi untuk semua jamuan tu. Makanan dia ada nasi tomato, daging masak hitam, ayam rendang, sate, mee goreng, char koteaw, bihun sup. Banyak kannnn, sampai pening nak ambik yang mana satu. Sate dapat sorang 6 cucuk pun still banyak bagi aku. Aku siap makan nasi, mee dengan sate. Punya sedap la, bukan selalu kita nak makan macam ni kan.

Okaylah, sampai sini jelah cerita Jamuan Raya KPTM Alor Setar 2013. Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Via- Blackberry Messanger