Sunday, August 25, 2013

Bola dan Bahasa



Assalamualaikum dan hi kepada semua-semua orang. Tengah gap class ni. Kejap lagi class pukul 4-6 petang pulak. Haish, class kejap-kejap pulak tu. Tu yang jadi punca mlas nak pergi class. Sabar jala untuk mendapatkan ilmu untuk masa depan. Cey ayat, takmau kalah. Hahaha.

Okay, kali ni nak cerita pendek ja sebab nak jugak cerita walaupun cerita tu apa lah sangat kan. Tengok tajuk kan bola. So semalam kan Perak lawan Kedah. Jadi dekat class aku pun majority la kot budak Kedah Perak. Jadi pagi-pagi lagi depa dah cerita pasal bola semalam punya. Aku tak pergi sebab takda geng. Geng semua tak minat bola. Haishhhhhh, bila ntah nak dapat geng yang sekepala, sekaki sama-sama.

Jadi keputusan semalam adalah seri iaitu Perak 1 Kedah 1. Adil la tu. Perak yang gol dulu. Gol Kedah tu penalty ja pun. So bagi aku, aku sendiri pening nak sokong negeri mana. Aku lahir di negeri Perak tapi aku belajar kat negeri Kedah. Pilihan tu 50-50 jugak la. Nak tengok pergi stadium pun nanti taktau nak duduk mana.

Bila dah gol seri mula lah mencarut la, bergaduh la pasal bola. Dan paling tak sedap didengar budak class aku kata Perak ni macam palat la. Hah, aku dengar macam eh hang duduk Malaysia ka Bangla nak kata negeri orang palat macamtu. Ye aku tau jiwa remaja, dan aku bukanlah taksub sangat patriotic nak tegakkan negeri ka apa tapi bagi pandangan aku tak manis la sorang perempuan kata macam tu. Adat la game kalah menang, gaduh berbaik semua tu adat la kat mana-mana pun mesti terjadi tapi please la stop saying that Perak itu ini la, Kedah itu ini la.

Haish, itu la orang Melayu. Budi bahasa ntah kemana-mana. Ye aku pun suka jugak mencarut kadang-kadang tapi mencarut aku bukan selalu. Aku tahan nafsu mencarut sebab apa yang keluar dari mulut kita tu adalah doa dan Allah dengar apa yang kita kata. Jadi, jagalah ayat-ayat yang keluar dari mulut kita ya. Selamat Beramal.

Via- Blackberry Messanger