Thursday, August 29, 2013

Pernah terjadi tak?



Assalamualaikum and hi. Harini dah hari Khamis dan kalau sapa-sapa yang duduk kedah, Terengganu dan Kelantan mesti la tau hari yang paling ditunggu-tunggu kan. Kalau negeri lain hari jumaat la hari senyum lebar sampai ke telinga ye dak?


Pernah dengar tak satu ayat ni?


“ People never understand what you do for them.. Until you stop doing that “


Eh, penah dengar la ni? Sama la kita. Aku pun penah dengar dan ayat ni aku simpan dalam henset aku punya berabad la sebab nak jadikan peringatan untuk diri sendiri. Faham kan maksud dia kalau translate dalam bahasa Malaysia pun kan. Takkan tak faham ayat yang simple dan penuh bermakna ni.


Jadi, pernah kah anda terfikir perkara ini. Selalu sangat la terjadi kan kan tambah-tambah untuk orang yang selalu berbuat baik tapi disalah erti kan. Orang lain ingat kita ni saja-saja buat baik dan ingin dapatkan perhatian padahal niat dalam hati hanya Allah ja yang tahu.


Selalu perkara yang terjadi seperti buang sampah. Bila dah seorang tu rajin buang sampah dalam rumah tu ke tong sampah yang besar kat luar rumah tu, orang lain mesti fikir dia tu buat-buat baik ja. Then bila orang tu stop membuang sampah seperti rutin hariannya dan sampah mula banyak baru orang lain nak faham dan berkata jugak dekat kita seperti dia tu dah la pengotor, pemalas pulak tu.


Owh typical Malay in Malaysia.


Nak contoh lagi ka? Banyak sangat kan kalau nak bagi contoh ni. Yang baca blog ni semua dah besar-besar kan tentulah faham. Bila kita stop doing one things tu baruuuuuuuuu lah orang lain nak tercari-cari dan padan muka la kat orang yang baruuuuu nak tercari-cari tu sebab dia tak reti bersyukur dengan apa yang orang lain buat dekat dia.


Ingat lah kita yang sebagai manusia yang lemah ni. Allah ni bagi balasan orang yang buat penganayaan ni dekat bumi ja, tak tunggu dah kat akhirat. Dah jelas dah Allah tu Maha Kuasa, Allah mampu berbuat apa sahaja dan doa orang yang teranayaan ni makbul dengan izinNya.


Aku pun bukan lah alim, warak, baik dan kuat iman sangat. Aku ni biasa-biasa ja, hidup penuh kejahilan tapi aku tulis ni pun untuk peringatan diri sendiri supaya di hari kelak kita tak buat kat orang yang boleh orang tersinggung dan sakit hati. Kalau kita tak jaga hati dan percakapan kita, orang pun takkan hormat kat kita. Percakapan tu penting. Nak bercakap pun pakailah otak yang Allah bagi. Jangan la letak otak bawah tapak kaki. Hehehe.


Okay lah, sampai sini sahaja nak cerita. Semoga kita menjadi hamba Allah yang baik dan disukai ramai. Happy Holiday semua.

Via- Blackberry Messanger