Friday, August 30, 2013

Kawan macam ini.



Assalamualaikum and hi semua. Owh, hari ni malam 31 Ogos 2013. Jadi malam ni hari merdeka la kan. Selamat bercuti dan have fun semua. Pakat tengok bunga api la kan malam ni. Haish, aku sorang ja kot tengok bunga api celah tingkap, hehehe. Aku duduk rumah ja. Ada la geng-geng ajak pergi konvoi Penang tapi macam malas la pulak nak ikut. Duduk rumah tengok movie kat laptop jala yang mampu.

Kali ni nak cerita pasal kawan la pulak. Owhhh, no no no, bukan boyfriend eh yang duk berkepit duapolohpat jam macam belangkas tu tapi ni kawan yang bila perlu contact atau bila rasa bosan nak lepak yeah, kawan itu sedia menanti dan menunggu dengan sabar.

Kawan yang aku maksud kan adalah kawan-kawan lelaki yang aku dah kenal dari semester 2 kot. Alahh, kiranya baru jala, tak la baru sangat, tak la lama sangat. Sedang-sedang macam tu ja la kot.

Okay semalam aku pergi la lepak, janji pukul 10 camtu la tapi depa sampai lambat sebab depa dari sungai petani, naik moto lepastu ada hal jual beli apa kebenda ntah, malas aku nak. So around pukul 12 tengah malam baru la aku jumpa depa-depa ni. Alahai, lama gila la tak jumpa depa, depa balik sini pun kejap ja sebulan kot sebab depa ada exam.

So lepak kat kedai makan, makan-makan, sembang-sembang, kutuk-kutuk, gossip-gosip bagai. Seronok sangat jumpa depa sebab tak rasa bosan langsung lepak dengan depa. Nyamuk gigit kami pun tak berasa beb. Masa lepak-lepak tu cerita la hal masing-masing, apa masalah kita. Aku pun turut serta la dalam sesi luahan perasaan dan masalah, ngehngeh.

Benda yang aku seronok berkawan dengan laki berbangding perempuan ialah lelaki ni bila kita cerita apa-apa masalah kit aka, kutuk orang ka apa ka depa dengar dengan teliti dan bagi feedback yang memang puas hati la. Ni pendapat aku la sepanjang aku lepak dengan lelaki-lelaki la. Owh, lepak dengan lelaki bukan bermaksud aku ni jual badan ka apa, depa pun tak pernah sentuh-sentuh aku, just makan sembang lepak tepi jalan tengok moto, tu jala kerja aku dah macam orang lelaki.

Bila kita cerita apa-apa kat depa ni 10 minit ja depa ingat cerita tu lepas dah ada cerita baru ka, apa habis depa lupa apa yang kita cerita tadi. Sebab tu best lepak dengan orang lelaki. Kalau perempuan ni kita cerita apa-apa, pastu kita janji jangan cerita kat orang lain, tup-tup esok-esok pergi jugak cerita kat orang lain dan tersebar la cerita tu. Pastu mula la kata mana ada cerita la apa la, masakan pokok goyang kalau takda angin. Takpun akan kata aku tak tahan la pendam cerita hang so aku luah kat orang lain. Yes, that girl sundal you know, fcuk.

Berbalik cerita tadi, lepas makan tu sepatut nya pergi jalan dekat dataran alor setar tu sebab nak tengok motor race kan, pastu sampai-sampai kat moto aku depa bising-bising kata moto aku kotor penuh habuk. Memang pun, dah berapa bulan aku tak basuh. Jadi kami pergi la carwash yang depa pernah kerja. Sampai-sampai carwash member aku sorang laki tu ambik moto aku dan dia sendiri yang basuh moto aku. Dia sendiri yang basuh ok, aku ingat ka pekerja kat situ jugak nak basuh.

Tahu tak pukul berapa dia sanggup basuh moto aku tu? Pukul 2 pagi. Hah, aku taktau nak kata apa kat dia. Aku hulur duit pun dia taknak. Ni la lelaki, ikhlas tolong member babe. Owh, member-member laki aku ni suka moto, gila moto so aku taktau nak kata depa ni mat rempit ka tak tapi setahu aku mat rempit ni hati depa ikhlas kalau tolong orang. Hah, tak pernah lagi aku jumpa member camni, siap basuhkan helmet aku lagi tu. Umpama princess dah aku dilayan, hahaha.

Lepas habis tu kami baru lepak tengok race moto. Pernah tak hangpa ada kawan yang aku rasa superbaik ni. Kalau pernah hargai la depa, jaga hati dan perasaan depa, percakapan kita sama jangan mai lepas cakap bodo ka babi ka apa. Memang la depa laki hati keras tapi cuba lah hargai dengan cara menjaga percakapan. Kalau main lepas ja sampai orang tu sakit hati dan pendam jangan terkejut satu hari nanti dia buat taktau kat kita.

Okay lah, selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 56. Betul ka 56 ni? Betul la kot, kalau salah buat-buat la tak Nampak dan baca dengan angka yang betul. Bye bye.

Via- Blackberry Massanger