Sunday, November 17, 2013

Birthday Alin.

Hello.

Masa mula-mula kan aku masuk teknik orang pertama aku kenal dalam kelas tu nama dia Nor Fadzleen Bt Mohamad Rasidi. Haa hambek hang, aku letak nama penuh terus takut confius Alin mana ni haa. Dalam kelas tu dia orang pertama yang duduk sebelah aku. Tu jala yang aku ingat sebab masa mula-mula kan tak kenal lagi so tak tahu la peragai tu macam mana lagi kan.

Masa masuk teknik tu aku sorang-sorang, mana bawa geng. Lain lah Alin ni. Bawa geng setaman dia. So mula lah aku kenal Ramatul Fitrah a.k.a Atun Pimon dan Nur Liyana a.k.a Yana. Depa ni kawan sekolah lama dan setaman so kiranya depa dah ada kawan lah kan.

Maka depa-depa ni lah termasuk Alin yang tegur aku dulu. Hahaha, jadi kekok sangat nak kenal dengan kawan baru. Aku ni pun bukan lah peramah sangat nak tanya nama orang, asal mana bagai kan. Asal orang tanya aku, aku jawab. Tak tanya, aku senyap lah.

Mula dari haritu lah kami kadi kawan rapat. Rapat ke? derr? Hahaha. Dua tahun aku kat teknik tu dua tahun lah aku duduk sebelah Alin, depan Yana, Atun sebelah Yana. Bayang kan lah duduk dengan orang sama selama dua tahun. Sudah lah waktu sekolah lama yang amat tau, beza dengan sekolah lain.

Bila dah duduk lama dengan depa ni ahhhh heaven sangat kenal dengan depa. Hari-hari ada ja benda nak gosip, nak cerita bagai padahal aku dengan Atun duduk hostel. Ohhh, Alin dengan Yana tak duduk hostel, Alin masa form4 ja dia tinggal kat hostel. Rindunya. Hmmm. Asal masuk kelas sampai lah habis kelas aku dengan Alin tak henti-henti bersembang. Ada ja benda nak sembang.

Kami pun taktau lah benda apa yang tak habis sembang sampai sekarang asal mesej ka, bbm ka, whatsapp, wechat tak henti-henti. Kena sorang cakap nak stop pun tak stop-stop. Masa kat teknik lah aku dengan Alin selalu kena marah dengan cikgu sebab bersembang berdua, tak bersembang, kena marah aku tidur dalam kelas. Alin baik, tukang cover line. Kau hado kawan camtu? Hahaha. Kena marah sama-sama sebab sorang tu tukang hasut.

Masa form5 pun peragai sama jugak. Masa form5 pagi-pagi dah cari muka Atun, Alin dan Yana ni. Tak jumpa muka ni tak gelak la aku pagi tu. Yela, Atun, Alin dan Yana ni tinggi-tinggi belaka, aku ni haa yang terbantut so kalau nak ikutkan mulut yang nak sembang ni aku selalu la meninggi kan kepala duduk dalam baris kat perhimpunan dengan depa. Kalau Isnin best sikit sebab dalam dewan so depa tak kesah sangat, tapi selalu jugak terpisah dengan depa.

Haish, banyak lagi ni kalau nak ungkit habis masa kat teknik tu walaupun hanya dua tahun. Kalau exam ja macam biasa aku dengan Alin akan dapat markah dekat-dekat macam tu lah. Mula lah nak terkejut kenapa markah dekat-dekat ni. Hahaha, nama pun kalau hang gelak, aku gelak, kalau hang tidur aku coverline. Hahaha. Rindu rindu rinduuuuu.

Ni malas nak cerita kenangan, mula lah rasa nak belek gambar dulu-dulu la, nak baring guling-guling sambil teringat kenangan la. Haish jiwa ni pun layan saja. 

Jadi sampai sini saja lah cerita pasal depa ni. Point utama nya pasal Alin pun haa. Kenapa dengan Alin? Haaa dia lahir pada 17 November 1994 maka harini adalah harijadi dia. Yeay, Alin baru nak 19 tahun. Kesian, huhuhu. Kepada Alin, aku nak ucapkan Happy Birthday to you. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jangan putus asa, jangan cepat mengalah okay. Terima kasih sebab selalu jadi pendengar masalah aku, penyelesaikan segala urusan aku, menjadi tisu aku saat aku sedih, menjadi bahu aku semasa aku gembira dan menjadi tangan aku untuk pimpin aku masuk pasar malam yang sesak tu. Hargai sangat-sangat. AKu taktau nak bagi hadiah apa kat hang jadi aku tulis ni untuk hang. Harap hang baca sebab hang asyik sibuk dengan twitter ja. Hahaha. Bye bye Happy Birthday Alin. I love you so much babe.