Sunday, November 10, 2013

Disebalik lagu Ulik Mayang

Haluuu haluuu.

Lama ni haa tak update. Tak tahu nak cerita apa masa cuti semester ni. Kerja goyang tangan ja la. Tak goyang tangan goyang kaki. Hahaha. So harini aku buka facebook penuh dengan cerita yang guard bunuh pegawai bank tu dah kena tangkap. Tahniah PDRM. Sangat profesional. Itulah, datang negara orang jangan buat pasal, kan dah kena wahai guard.

Jadi harini bukanlah nak cerita pasal tu, nak cerita pasal lagu Ulik Mayang. Dulu masa kecik-kecik sekolah rendah gituuu aku obses gila ngan lagu ni sebab aku salah seorang yang tiap-tiap hari akan nyanyi lagu ni. Dulu kat sekolah rendah aku ada kelas muzik so kawan-kawan aku ada buat menari-menari lagu Ulik Mayang, so kami satu kelas pun layan kan jala. Masa tu mana nak tau lagi asal usul lagu ini kan. 

Ni haa aku share sikit cerita disebalik Ulik mayang ni. Cerita ni bukan dari aku tapi dari salah seorang kawan kat facebook aku. Luangkan masa untuk baca tambah ilmu sikit.

 TOPIK : BENARKAH LAGU ULIK MAYANG BERHANTU

Salam’alaik wbt. Saya nak explain sikit pasal lagu ni sebab saya ada terbaca metro topiknya bertajuk 'Hampir 50 anggota JPAM histeria semasa persembahan Ulik Mayang & Kuda Kepang di Port Dickson malam tadi'.

Ini ialah sekadar sedikit ilmu serta pengalaman yang saya ada dan saya ingin berkongsi dengan anda semua. Memang tidak dapat dinafikan lagu ulik mayang memang berhantu. Kerana asalnya lirik lagu ni digunakan untuk memuja dan memanggil jin oleh orang dulu kala. Sekarang kalau kita nak simpan duit kita pergi bank ja. Tapi orang dulu kalau ada harta bertimbun sama ada berupa wang ataupun emas,mereka tiada tempat untuk menyorok dan menyimpan barang mereka. So mereka menyeru jin untuk simpankan barang tu untuk mereka kerana time tu bank rakyat ka bank kepala harimau semua takda lagi. Then apabila pemujaan itu dijadikan lagu yg dinamakan ulik mayang,bila kita nyanyi lagu ni jin akan datang.

Kalau anda nak tahu, semua puteri ni asalnya ada 7 orang. Kalau anda perasan, lirik dalam lagu ulik mayang hanya mention pasal puteri no. 2 4 dan 6 sahaja. Nom 1,3 dan 5 tak disenarai dalam lagu tu. Sebab apa? Sebab kalau complete semua ketujuh-tujuh puteri tu nanti lengkaplah proses pemujaan. Sebab tu lah dalam lagu ulik mayang,mereka tak tulis lirik full. Lirik original ulik mayang ni ada 7 puteri semuanya. Sebab tu la dalam lirik ulik mayang dia tak mention semua puteri sebab taknak nanti masalah yang mendatang. Kalau kita menyanyi lirik full semuanya 7puteri, nanti akan datanglah puteri bunian dan segala jenis jin bersama kita.

Dan anda perlu ketahui bunian tu adalah daripada golongan jin. Dan menyeru jin itu syirik dan anda telah menyekutukan Allah. Ingat! Kalau anda nyanyi lagu ni dengan niat untuk menyeru jin seperti bunian. Anda bersiap sedialah untuk hidup di alam bunian. Apabila proses pemujaan berjaya dengan nyanyikan lagu ulik mayang full itu, anda akan dapat Nampak alam bunian. Dan akan ada puteri daripada golongan bunian yang akan menjemput anda dan memanggil anda untuk mengikutnya. Dan bila anda mula mengikutnya, say bye2 la kepada alam dunia kerana sukar untuk anda kembali ke alam dunia yg nyata ini. Kerana anda sudah hidup di alam lain iaitu alam bunian. Lagu ni bukan berfokus untuk menyeru bunian sahaja, tetapi segala jenis jin yang lain lah.

Memang ini hanya lirik lagu,tapi anda perlu tahu liriknya ialah pemujaan yg digunakan orang dulu2 dan sekarang telah pun dijadikan lagu. Lagi 1 pantang larang lagu ulik mayang ni,kalau anda dah mula nyanyi anda kena nyanyi bagi habis. Sebab part lirik yang terkahir tu, lirik ada menyatakan 'Yang laut baliklah ke laut,yang darat baliklah ke darat' Itu ialah asal datangnya jin tersebut. Bait lirik itu untuk menghalau balik jin tu ke tempat asalnya. Tapi selalunya orang yg lemah semangat kalau dah mula nyanyi lagu ulik mayang ni tak kan sempat nyanyi sampai part last tu sebab jin yg datang dah meresap masuk ke badan si penyanyi lagu ini. Dan mulalah berlaku hysteria.

Tapi takda masalah kalau nak dengar lagu ni kot2 lah nak buat kaji selidik kan.hehe. Yang nak jadi masalah kalau nyanyi lagu ni nak buat proses pemujaan. Ikutlah,kalau anda semua tak percaya anda boleh cuba nyanyi lagu ulik mayang ni dan lakukan proses pemujaan ni kat tempat yang angker. Selalu proses pemujaan ni bukan pergi dengan tangan kosong ja. Ada ja orang yang melakukan proses dengan tangan kosong tapi tak ramai lah. Selalunya orang yang buat proses pemujaan ni akan bawa bau kemenyan dan juga asap. Ini bertujuan untuk menarik perhatian jin. Alahh macam nak mengorat lah. Kalau saya nak ngorat Angelina Jolie tak bawa hadiah apa2 untuk diberi mesti Angelina Jolie tak tertarik. Cuba kalau saya bawa kereta Ferrari tak pun kereta sorong ka and bawa bunga tahi ayam untuk mengorat Angelina Jolie.. Mesti dia tertarik punya. Haa macam tu la nak tarik perhatian jin juga. Ingat Jin pun takda feeling ka? Haha! Mesti ada benda2 yg dia suka kalau kita nak seru dia.

Saya nasihatkan jangan sesekali la nak lakukan proses pemujaan ni. Tapi kalau gedik sangat nak try, ha! Try lah! nanti tengoklah apa yang datang dan apa yang akan jadi pada anda. Saya nasihatkan kalau nak dengar lagu ni boleh tapi takyah la kot dengar,p dengar saya nyanyi lagu buat cover kat youtube saya lagi bagus.P type ja “Affan Mustaqim” kat youtube. Macam2 ada! hahaha! Daripada nak nyanyi lagu ni baiklah nyanyi lagu Islamic tak pun hang p baca al-Quran lagi bagus. Dan cerita pasal pengalaman pula. Saya dah biasa nyanyi dah pun benda ni dekat rumah kosong sorang diri untuk memastikan kesahihan. Saya ni antara pelajar perubatan islam yang susah nak percaya apa orang cerita kalau saya sendiri tak saksikan benda tersebut dengan mata kepala saya sendiri.

Saya pun ambil keputusan untuk siasat lagu ni. Saya nyanyi dengan niat bukan untuk memanggil jin. Tapi dengan niat nak melihat kuasa dan kebesaran Allah dan nak mengkaji adakah betul khabar angin yg saya dengar tentang lagu ulik mayang ni. Yelah niat nak kena betul takut nanti saya jadi tak betul. Saya pergi rumah kosong tu tak bawa apa2 barang pemujaan pun. Ya lah sebab bukan nak puja jin setan tu pun. Simple ja. Saya masuk area rumah kosong tu dan saya pun menyanyi la lagu tu. Yang paling syoq, belum sampai korus lagi seekor jin dah masuk. Bau yg asalnya bau rumah terbiar dicemari dengan bau bangkai apabila jin tu masuk. Time tu saya tak Nampak jin tu tapi saya dapat rasakan dia dengan saya. Lepas tu saya nyanyi dah lepas korus sikit seekor lagi Jin berbentuk hitam berbulu muncul betul2 di depan saya. Memang terkejut time ni sebab dia datang dari dinding sebelah. Dia menembusi dinding. Mau tak terkejut! Celaka punya jin. Lepastu saya nyanyi tergantung. Saya tak nyanyi sampai habis sebab saya halau jin2 tu terus dengan berkata “aku nyanyi lagu ni dengan niat untuk melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.Aku tak panggil hampa.Balik lah tempat asal hampa.Hampa boleh berambus”.

Selepas itu saya pun baca lah surah sulaiman iaitu surah feberet saya. Dan lesaplah jin2 tersebut. Haa lupa nak bagitau selepas jin first yang masuk tu,badan saya yang sejuk ni terus jadi panas. Umpama pakai baju jaket sebanyak 10 helai. Serius sangat rasa panas. Bukan panas nak terbakar tu. Tapi panas macam diselimuti selimut yg sangat tebal. Dan akhir eksperimen ini.. apa yg saya dapat resultnya memang betul lagu ni untuk memuja dan panggil jin dan memang berhantu lagu ni. Aha saya pergi rumah kosong ni bukan sorang2. Masuk rumah kosong tu ja saya sorang. Tapi saya pergi dengan member saya. Dia tolong jadi guard dekar luar kawasan rumah kosong tu.haha..Nak cari penyakit ja kalau p sorang2. Saya pergi dengan kawan saya. Dia ni kira guru saya juga lah. Dia pun pengamal perubatan islam juga. Banyak berkongsi ilmu tentang perubatan islam dengan saya. Saya minta dia teman sebab kalau apa2 jadi kat saya dia boleh back-up saya. Tapi Alhamdulillah lah tak ada apa yang jadi. Dan selepas daripada eksperimen itu barulah saya terima dan percaya yg lagu tu memang agak ngeri sebab liriknya digunakan untuk memanggil syaitan dan jin.

Dan kalau anda nak tahu, ni saya malas nak sorok la kan.. Sebenarnya lagu ulik mayang yg sekarang ni kalau anda pasang pun automatic jin akan datang kepada anda walaupun lagu tu tak cukup bilangan puteri tapi dia punya sengat tu pehh bisa ahh! Tambah2 kalau orang yg lemah semangat. Itulah sekadar coretan daripada saya yg telah berpengalaman dalam mengkaji lirik lagu ulik mayang ini. Salam’alaik wbt.


Cerita dari AFFAN MUSTAQIM 

Aku baca ni haa meremang bulu roma habis. Uhhhh, jangan main-main.

Byeee.