Monday, October 21, 2013

RESEPI: Bihun Goreng SWAG.

Assalamualaikum and hi hi. 

Haaa, tengok tajuk kita kali ni. Gempak gembuk tak. Hahaha, yang SWAG hujung tu saja ja nak bagi lagi TERgempak. Nanti bila remaja search perkataan SWAG maka keluar la blog aku ni dalam list kat google tu. Hahaha. Otak-otak kena letak kat atas yee. 

Resepi kali ini simple ja sangat-sangat untuk perempuan yang malas tahap gaban untuk keluar beli makan, malas nak masak banyak-banyak dan ini ha resepi nya. 

Bahan-bahan:

Bihun
3 ulas bawang putih / 2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
Kicap tiram / kicap biasa 
Sos (contoh: sos cili life ka, sos cili maggi ka)
Gula 

Sampingan

Buat telur gulung
- Pecah kan telur dalam mangkuk, lepastu bubuh garam sikit ja dan kacau-kacau.
- Panaskan kuali, tuangkan adunan telur tadi, alahh buat macam telur dadar.
- Dah siap, angkat letak la kat dalam pinggan, gulung dahn potong kan nya.

Buat cili padi kicap
- Ambil 3 biji cili padi, potong kecil-kecil.
- Lepastu bubuh dalam mangkuk, bubuh kicap banyak-banyak.

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali anda, bubuh minyak sikit ja (agak-agak) , jangan banyak sangat sebab adik
    aku kata nanti muak.
2. Lepas minyak dah panas masukkan bawang putih tadi. 
3. Agak-agak bawang putih tu jadi kuning pastu naik bau wangi semerbak, masukkan kicap 
    tiram, agak-agak ja, jangan banyak sangat. Masukkan kan sos cili. Sos cili bubuh banyak 
    dari kicap tiram tu.
4. Gaul-gaul lepastu bubuh gula secubit rasa. Masukkan air kosong sedikit sahaja. 
5. Akhir sekali masukkan bihun dan gaulkan sehingga rata.
6. Hidangkan bersama telur gulung dan cili padi kicap tu.
7. Yummy!